Saturday, June 23, 2012

APAM MALAYSIA @ APAMGULA HANGUS

Apam Malaysia
Dah lama saya teringin nak buat apam ni, tapi baru semalam saya berkesempatan untuk membuatnya. Mak ada bagi resepi sebab dulu mak memang buat biz apam ni, tapi biasalah saya ni...entah mana saya letak resepi tu. Buku resepi melambak2, jadi tak ingat tulis kat buku yg mana satu. (Buku resepi je melambak, tapi suka masak tak ikut resepi... Kekeke...) Oleh kerana saya dah malas nak cari, maka saya google je kat sini.
Buatnya kejap dan mudah je... Lebih kurang 1 jam, dah boleh makan. Sesuai untuk minum pagi dan minum petang.

Sunday, June 17, 2012

testing!

Kadang ok, kadang ko...


Published with Blogger-droid v2.0.4

ONE THOUSAND MILLION LOVES...











PEYEK KACANG

Peyek Kacang Tanah
Mesti ramai kawan2 yang suka makan peyek kan? Tapi tak ramai yang tahu/rajin buat. Saya, tahu menggoreng je... nak bancuh, wallahu a'alam. Tak tau dan tak pernah nak ambil tahu. Bagus betul! 
Sejak arwah nenek saya takde, mak sayalah yang ambil alih buat peyek untuk sajian hari raya. Tapi sekarang, mak bukan buat peyek untuk raya je... hari2 biasa pun mak buat juga atas permintaan kawan2/pelanggan.
Yang bestnya... selama berpuluh tahun saya mengenali peyek, tak tau pulak saya yang peyek ni sedap dimakan bersama laksa... atau dengan kata lainnya, laksa tu lebih sedap dimakan kalau dimakan bersama peyek.
Saya pelik bila biras saya selalu mengeluh tatkala membeli laksa. Alamak, peyek takdelah pulak. Kena cari peyek ni. Pelik. Apa kena mengenanya laksa dengan peyek? Sampailah satu hari bila saya tengah makan laksa di rumah, secara tiba2 saya terpandang peyek di dalam balang. Teringat la saya kegemaran biras saya yang pelik tu. Makan laksa + peyek. Cuba punya cuba... try punya try... Wah, saya dah dapat jawapannya. Memang bertambah sedap! Cuba teka, laksa atau peyek yang bertambah sedap? Hehehe... soalan apa ke ni... Mestilah laksanya yang bertambah sedap.
Tak caya, cubalah sendiri. 
Nak cuba, tapi tak tau mana nak cari peyek? Apa susah, orderlah dari saya (baik punya iklan)... :)

Harga:
1kg - RM20

Saturday, June 16, 2012

KHAZANAH LAMA

Belek2 blog lama, tetiba saya terjumpa citer ni... "Akukah Yang Terlewat". Kalau rajin, bacalah ye... jangan biasakan bertangguh...

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Tempe goreng tepung. Kalau nak lagi sedap, potong dulu baru celup dlm tepung. Pastu goreng. Nyum... nyum...
Kawan2 pernah makan tempe goreng tepung + sambal tak? Bukan makan dengan nasi tau. Makan macam tu jer, macam makan kopok lekor...
Masa dok kat Banting dulu, hampir setiap petang saya beli (sy yg beli atau kwn sy yg beli...tapi sy tumpang sekaki?... terconfuse pulak!) Tak kisah la, tapi yang penting... kami selalu makan. Sedap wooo... Kat sana rata2 memang orang berketurunan Jawa, jadi tak hairanlah dengan tempe tu. Yang makan mentah2 pun ada... Diorang tu Jawa apa? Takdelah pulak saya ambil tahu. Tapi kalau dengar diorang cakap Jawa, ya ALLAH... pening kepala saya. Saya langsung tak faham!
Berbalik pada cerita tempe goreng tepung tadi. Masa kat Banting, saya selalu beli tempe goreng tepung ni di sebuah gerai ala2 gerai burger tu di hadapan bus stand Pekan Banting. Apa nama tempat tu, dah jenuh la saya mengingat... tapi sampai la ni tak ingat2... Selain jual tempe goreng tepung, brader tu juga jual kopok lekor. Ada lagi ntah idak gerainya sekarang ni. Itulah makanan peberet di sana yang tak dapat saya lupakan.
Sekarang ni dah jarang makan tempe goreng tepung sebab takde geng. Mak + ayah berpantang. Tak boleh makan kacang. Suami dan anak2 pulak tak layan tempe. Asyraf kata, rasanya masam. Masam? Iye sangatlah tu. Dia makan mangga yang baru nak masak tu, boleh pulak. Tak masam ke? Alasan! 
Biasalah tu, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, tak boleh nak lupa.

Taraaa... dah tuang sambal kat atasnya. Jom makan! Seeedaaap


Friday, June 15, 2012

EKSPERIMEN

Alamak... dah nak bersawang blog saya ni. Tak sempat nak update. Kebelakangan ini saya agak sibuk. Buat eksperimen untuk tepung kek segera... :) Almaklumlah, dah dekat nak puasa. Sebelum ni saya ada juga buat tepung kek segera. Simple, tak perlu guna mixer, tak perlu guna mentega... tapi sekarang saya nak yang lebih simple daripada itu. Biasalah, manusia... kalau boleh tu nak semuanya senang. Boleh buat kek sambil tido, tau2 je dah masak. 
Kali ni, saya buat eksperimen untuk tepung kek segera tanpa mixer, tanpa mentega, dan satu lagi...tanpa telur. Jimat tapi tetap sedap! Itu yang saya nak. Saya rasa setiap surirumah mengimpikan kek yang macam tu kan? Jimat, Mudah, Sedap! Bancuh kek macam bancuh cekodok.
Dengan resepi eggless coklat cake tu, saya dapat buat kek ni...

Kek Batik Marie Kukus

Dan juga ini...
Muffin Coklat Kukus



Dan yang ni pula dah sah2 bukan datang dari tepung kek segera tu...
Homemade Cheezy Wedges

Makan cheezy wedges untuk hilangkan rasa penat kepala otak ni... Penat wooo bila banyak sangat berfikir...
Adik2, kakak2, kawan2... tolong doakan saya ye... Terima kasih.

Saturday, June 9, 2012

SSM

Alhamdulillah...
Harapan saya untuk mendaftarkan perniagaan, kini terlaksana sudah. Sebelum ini, saya menganggap prosesnya amat sukar. Bukan saya saja suka2 nak beranggapan begitu, tetapi ianya kenyataan. Saya pernah mendaftarkan perniagaan di bandar besar Kuala Lumpur yang memakan masa berjam2 lamanya. Tahu kenapa? Kerana terlalu ramai manusia yang mencari rezeki dengan berniaga. Terdapat berbilang kaum yang ada di situ. Melayu, Cina, India dan ada juga yang saya tidak ketahui bangsa keturunannya.
Jumaat lepas (8 Jun 2012), sekali lagi saya menjejakkan kaki di SSM. Tetapi kali ini di Bandaraya Ipoh. Dalam masa kurang dari sejam, nama Jay Ef tertera di atas sijil pendataran syarikat SSM. Alhamdulillah... lega sungguh rasanya. Saya tak perlu menunggu terlalu lama. Saya tak perlu buang-buang masa. Dan yang paling penting, saya tak perlu upah sesiapa untuk melakukannya. Bila saya melakukannya sendiri, saya hanya mengeluarkan RM60. Berbanding RM160 yang saya perlu keluarkan andai saya mengupah sesiapa yang mencari rezeki dengan melakukan perkhidmatan ini. Selamat RM100 saya... Boleh la saya gunakan untuk bayaran yuran sekolah anak2... :)

Nota: RM100 tu hampir2 tidak selamat bila saya pusing Greentown Mall. Rambang mata melihat tudung, baju dan kasut yang bersepah kat situ. Harganya sangat jauh berbeza dengan harga2 di tempat lain. Betul!!! Alhamdulillah saya berjalan dengan si kecil. Bila saya singgah je membelek baju, tudung dan kasut, tangan saya mula ditarik. "Ibu, cepatla..." Terima kasih Chiko...

Friday, June 1, 2012

PRODUK SEJUK BEKU

Sebagai seorang surirumah, apa kerja yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang dan dalam masa yang sama boleh menjana pendapatan? Menjahit? Buat kuih? Selain dari itu, apa ye? Kenapa saya (kejap saya, kejap aku) macam tak nampak benda lain je? Ambil upah menaip? Kalau dekat dengan kolej mungkin boleh sebab dikelilingi dengan student. Ambil upah bayar bil? Kalau duduk di kawasan perumahan, mungkin boleh sebab dikelilingi dengan ramai jiran tetangga. Kalau duduk dikawasan terpencil macam saya ni, macam mana? Jiran2 jauh... penduduk pun tak padat...
Oleh kerana saya tak nampak cara lain, maka untuk mengisi masa lapang... saya buat kuih2 ni...

Popia Goreng Segera wif Sambal. Tinggal goreng dan pastu sira sendiri dengan sambal yang dibekalkan. Mudah je...

Karipap Segera. Goreng dan makan!