Tuesday, December 22, 2015

UJIAN

Bismillahirrahmanirrahim

Cuti sekolah hampir sahaja menuju ke penghujung. Alhamdulillah, dalam kesibukan menghadapi pelbagai ujian, persiapan anak2 hampir lengkap sepenuhnya.

Ya, cuti sekolah kali ini memang dipenuhi dengan pelbagai ujian. Ujian kesihatan ayah mertua, ujian kesihatan kpd anak2, ujian kesihatan kpd adik, dan tak terkecuali ujian kesihatan kpd diri sendiri. Setiap masa hati diselubungi dengan rasa cemas. Apa2 pun Alhamdulillah... Semuanya beransur sihat, termasuklah saya.

Sempena cuti sekolah ini juga, kami mencari cinta buat adik teruna.

Friday, October 30, 2015

MINÀH KASAQ

Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsi cerita tentang sorang student saya yg sedikit kasaq.

Student saya ni muka boleh tahan, manis. Tapi sikap dia memang kasaq macam lelaki. Beliau pelajar baru di sekolah tempat saya mengajar. Yang saya kata kasaq sebab dia suka menyakat kawan² tak kira lelaki atau perempuan. Tapi dari segi pelajaran, Alhamdulillah... Boleh dikatakan dia pelajar yang agak cemerlang meskipun sebelum ini beliau tidak pernah bersekolah di mana² sekolah agama.

Melihat kepada sikapnya, adakala mengundang rasa geram, namun adakalanya terasa lucu. Jika saya seorg penulis, sudah pastinya watak dia terselit dalam cerita rekaan saya. Namun, saya cuma org biasa yang tak mampu nak mengadap komputer atau laptop berjam² semata² untuk menghasilkan ceritera yang penuh dengan khayalan.

Friday, October 23, 2015

Monday, October 5, 2015

TEMAN BARU

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Allah masih beri kesempatan untuk berkongsi cerita di dalam blog ni.

Sebenarnya akhir² ni saya tak berapa reti nak mengarang. Takde idea. Mungkinkah sbb saya dah tak berapa byk membaca? Macam mana la novelis² tu ada je idea nak mengarang sampai berpuluh² buku? Saya nak tulis blog yang dua tiga baris ni pun dah melangut berjam².

Okaylah... 2 bulan lepas, saya dapat teman baru. Teman baru yang mengisi kebosanan saya tatkala terjaga dari tidur di tengah malam. Serius, sejak usia meningkat ni tatkala terjaga di waktu malam, susah sangat nak tidur semula. Jadi, daripada termenung tak buat apa, baik saya belek mesin jahit saya. Mudah²n ada juga hasilnya.

Wednesday, May 27, 2015

KEK BATIK MARIE

Sehari dua ni rasa teringin sangat nak makan kek batik marie. Ini semua gara² Dénda. Mengalahkan orang mengidam je aku ni... Memang dah lama sgt tak makan kek batik marie ni. Buat? Mmg tak pernah la sebab adik² dah pandai buat. Biar diorg je yg buat... kakaknya ni tinggal makan je. Hehehe...

Oleh kerana teringin sgt nak makan, maka google la resepi, walhal resepi dah melambak dlm phone dan buku resepi. Apa nak buat, hobi saya mmg mengumpul resepi. Kekeke... Bila dah dpt resepi, kena pegi beli barang la kan? Malasnya... :( Resepi dan cara buat punyalah senang, tapi malas jgk. Haha... Tak blh nak kata apalah kan?

Orang kata kalau dah rezeki tu rezeki kita, maka kita dapat la kan? Petang td sewaktu sedang memeriksa kertas jawapan, seorang pelajar puteri tahun 1 datang ke meja saya sambil membawa sebiji bekas polistrin yg berisi potongan2 KEK BATIK MARIE. Dia unjukkan bekas tu pada saya. YA ALLAH... Alhamdulillah. ALLAH MAHA MENDENGAR. ALLAH tahu keinginan saya. Kalau tak sedar diri, mau melompat saya sebab happy sgt. Walau hanya sepotong KEK BATIK MARIE, tetapi nikmatnya masih saya rasai hingga detik ini. Saya ibarat seorang yg dahaga di padang pasir, yg dapat minum seteguk air. Walaupun sedikit, tetapi cukup bermakna.

Terima kasih YA ALLAH... Terima kasih wahai Ain Izzati.

Note: Gambar dari mr.google

Monday, May 25, 2015

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah... Dengan izin Allah, hajat mak dan ayah untuk menjejakkan kaki di tanah suci dimakbulkan.

Tuesday, May 12, 2015

APA KHABAR

Hujan membasahi bumi di pagi hari. Dingin. Best kalau dapat ber'hibernasi'... Tp ada tugas yg perlu diselesaikan. Tugas sbg hamba selagi masih bernafas. Apa khabar agaknya mereka yg jauh di sana?

Thursday, May 7, 2015

BANYAKNYA CUTI...

Rindu pada blog yang hidup segan mati tak mahu ni... Rindu nak mencurah rasa hati... Tapi apakan daya. Selalu tak dapat kejar masa... Belum pun jari jemari ini menyentuh kekunci, mata telah tertutup tanpa disedari. Sedar², sudah bertukar hari. Bila difikirkan, ngeri rasanya. Tidur yg ini, masih boleh buka mata... Tidur yg kekal?

Bulan 5 ni byk betul cuti. Best sgt cuti kali ni sbb dpt lepak lama dgn adik beradik. Kebetulan pula kaum bapa tak ada. Maka, boleh la buat gaya bebas. Takyah nak control² ayu. (Ayu la sgt...). Kalau ada en suami, malu banyak la nak buat lawak bodoh. Kalau gelak pun, kena ada gelak versi tersipu². Kekeke...

Oleh kerana cuti, maka aktiviti makan menjadi fokus yg paling utama. Walau apa pun, saya tak terlibat dalam masak lauk pauk. Saya buat roti jer. Bagus betul, kan? ;)

Terima kasih pada adik beradik yg telah bertungkus lumus di dapur utk menyediakan juadah sarapan pagi, mkn thari, makan malam dll... Jasamu tetap dikenang.