Wednesday, May 27, 2015

KEK BATIK MARIE

Sehari dua ni rasa teringin sangat nak makan kek batik marie. Ini semua gara² Dénda. Mengalahkan orang mengidam je aku ni... Memang dah lama sgt tak makan kek batik marie ni. Buat? Mmg tak pernah la sebab adik² dah pandai buat. Biar diorg je yg buat... kakaknya ni tinggal makan je. Hehehe...

Oleh kerana teringin sgt nak makan, maka google la resepi, walhal resepi dah melambak dlm phone dan buku resepi. Apa nak buat, hobi saya mmg mengumpul resepi. Kekeke... Bila dah dpt resepi, kena pegi beli barang la kan? Malasnya... :( Resepi dan cara buat punyalah senang, tapi malas jgk. Haha... Tak blh nak kata apalah kan?

Orang kata kalau dah rezeki tu rezeki kita, maka kita dapat la kan? Petang td sewaktu sedang memeriksa kertas jawapan, seorang pelajar puteri tahun 1 datang ke meja saya sambil membawa sebiji bekas polistrin yg berisi potongan2 KEK BATIK MARIE. Dia unjukkan bekas tu pada saya. YA ALLAH... Alhamdulillah. ALLAH MAHA MENDENGAR. ALLAH tahu keinginan saya. Kalau tak sedar diri, mau melompat saya sebab happy sgt. Walau hanya sepotong KEK BATIK MARIE, tetapi nikmatnya masih saya rasai hingga detik ini. Saya ibarat seorang yg dahaga di padang pasir, yg dapat minum seteguk air. Walaupun sedikit, tetapi cukup bermakna.

Terima kasih YA ALLAH... Terima kasih wahai Ain Izzati.

Note: Gambar dari mr.google

No comments: