Thursday, May 31, 2012

BENGKANG TEPUNG

Bengkang tepung yang baru keluar dari oven. Best betul kalau dapat makan keraknya...
Bengkang yang telah siap dipotong. Color pucat sikit sebab pewarna dah habis... Heee...
Hari ni atas permintaan 'ibu mertuaku', aku buat bengkang tepung. Malam ni ada kelas pengajian di rumahnya. Buat bengkang tepung ni sebenarnya tak adalah rumit sangat, tapi amat mencabar  bila dikelilingi oleh 3 hero mendailing ni. Siapa lagi kalau bukan Asyraf, Ba'is dan Chiko. Asal nampak ibunya pegang tepung je mulalah diorang tak senang hati, tak senang duduk. Masa tu jugalah nak makan, masa tu jugalah nak gaduh. Masa tu jugalah nak itu, nak ini... Haiii...tak pening kepala ibunya? Silap2 boleh lupa sukatan.
Sesapa yang duduk area Sungai Sumun ni, yang teringin/mengidam nak makan bengkang...boleh la order dari saya. Call je no ni... 019-7870110

Harga Bengkang Saiz Kecil: RM6
Harga Bengkang Saiz Besar: RM8

Belum Cuba Belum Tau! Dah Cuba Nak Selalu!


Monday, May 28, 2012

KERANG REBUS

Tetiba je rasa teringin nak makan kerang rebus. Hai, masakan simple...tapi 'seger' bak kata anakku...


Published with Blogger-droid v2.0.4

NASI TOMATO

Nasi Tomato yang tak sempat berhias...
Orang jawa panggil Jelatah, orang Melayu kata acar timun


Ayam masak tomato sempoiii...

 Dah lama aku beli bahan untuk buat nasi tomato, tapi baru Sabtu lepas saya sempat memasaknya. Tu pun sebab fikir adik bongsu tu dah nak masuk Matrik hari ni. Kesian pulak kalau tak buat, sebab beli bahan2 dengan dia. Dia pun belum pernah lagi makan nasi tomato yang aku masak. Mana taknya, seumur hidup aku baru tiga kali aku masak nasi tomato. Tu pun masa aku duduk kat KL. Sejak bermastautin kat kampung ni, tak pernah la aku masak sebab takde geng nak makan. Kalau pasal nak masak tu, tak kisah kalau takde geng sebab nasi tomato aku simple je. Kalau takde geng nak makan, karang kita penat masak takde sape pulak nak makan. Membazir tau!

Oleh kerana aku dah lama tak masak nasi tomato, maka cek la sekejap resepi nasi tomato kat sini. Bahan, InsyaALLAH aku ingat...cuma suukatan je tak berapa pasti. :D
Anak-anak suka bukan main. Yelah, time aku buat dulu2 tu... diorang kecik lagi. Manalah nak tau nasi tomato ke hape... Dah besar ni, jumpa nasi minyak jer... tu pun kat kenduri. Hehe...maklumlah, ibunya terlebih rajin...

RESEPI AYAM MASAK TOMATO SIMPLE

1/2 Kg ayam - bersihkan dan goreng setengah masak
2 labu bawang besar - potong bulat
3 ulas bawang putih - racik
1 inci halia - racik
1/2 tin besar tomato puri
3 sdb ciliboh jika suka
1 cawan air
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK

Panaskan minyak masak di dalam kuali
Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili boh dan halia hingga layu/ naik bau.
Masukkan tomato puri. Biarkan seketika hingga pecah minyak.
Tuang air dan kacau sebati.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata.
Perisakan dengan gula dan garam.
Biarkan kuah mendidih dan setelah 2-3 minit matikan api.
Bolehlah hias dan hidangkan.
 



PERMULAAN HARI YANG CUKUP MENCABAR

Tika anak2 sekolah lain sibuk bercuti, anak2 aku kena juga menghadirkan diri ke sekolah. Biasalah, itu lah rutin sekolah Cina. Bila keadaan macam ni, ada seronoknya... ada juga yang tak seronok.
Seronoknya, sebab kurang sikit pening kepala. Bukan apa, bila kat rumah tu ada je kerenahnya. Kadang benda tu tak ada apa pun yang nak diragamkan.
Yang tak seronoknya pulak bila anak2 meragam tak nak ke sekolah. Anak yang kecik la, yang besar dah boleh faham. Yang kecik ni manalah tak meragam, orang lain tak sekolah...apa pasal pulak dia kena sibuk2 gi ke sekolah? Aiii...pening  kepala ibu...
Hari ni, mak dan ayah takde kat rumah sebab hantar adik bongsu ke Matrik Gopeng. Tinggallah kami empat beranak kat rumah. Yang abang, jam 7.00 pagi dah siap. Yang adik, mandi pun belum. Dah faham sgt dah, kalau macam tu gayanya, itu petanda dia tak nak pergi ke sekolah. Pujuk la macam mana sekalipun, kalau dah dia kata tak nak, bukan sahaja kita tak boleh nak hantar ke sekolah. Nak bawak masuk dalam kereta pun belum tentu.
7.30 pagi, aku start enjin kereta...konon nak bagi gempak. Biar dia tau, kalau aku pergi maksudnya dia akan tinggal sorang2 di rumah. Tapi, tak diherannya... dia pulak yang suruh kita cepat pergi. Selama aku beranak pinak ni, belum pernah la aku tinggalkan anak sorang2 kat rumah... Banyak risikonya. Sendiri fahamlah ye...
Tadi, puaslah aku paksa Ba'is... nak dukung dia masuk dlm kereta. Tak mengapalah kalau dia tak nak pergi sekolah, yang penting dia ikut aku hantar Asyraf. Agak2, berjaya tak aku? Hehe...dah tentu tak berjaya. Dengan badan hantap dan tegap dia tu, mustahil! Dia pegang jeriji tingkap dengan kejap. Jenuh la nak melepaskan. Bila dah lepas, dia mengelupur pulak. Kalau dia dah mengelupur, siapa yang berani dekat. Kena libas sikit dengan kaki dia tu cukuplah. Mau lebam dibuatnya. Seminggu pun tak hilang.
Waktu dah suntuk, dah hampir ke jam 8.00 pagi tapi usaha memujuk atau lebih kepada memaksa Ba'is menemui jalan buntu. Dalam keadaan berbelah bagi, terpaksa jugalah aku tinggalkan dia meraung sorang2 kat rumah. Terpaksa! Aku cuba memecut semaunya, supaya boleh cepat sampai kesekolah dan pulang semula ke rumah. Yalah, geram tu memang geram...tapi hati tetap sayang. Kalau apa2 jadi kat Ba'is, tipulah kalau aku kata aku tak akan menyesal. Aku tak akan menangis.
Dalam masa 10 minit, aku dah sampai semula ke halaman rumah. Lega betul hati ni sebab masih dengar suara dia meraung. Itu bermakna, tak ada apa2 yang jadi padanya. :) 
Permulaan hari ini memang cukup mencabar!
Ba'is yang suka buat orang geram. Ba'is yang setiap hari mencipta haru biru.


Wednesday, May 23, 2012

KEK COKLAT KUKUS

Kek Coklat Kukus
Dah lama anak2 ibu mintak Kek Coklat sebab agak lama juga ibu tak buat. Last, kalau tak silap ibu, bulan lepas. Itu pun sebab ada program. Kalau takde program, rasanya takdelah ibu nak buat. Bukan malas, tapi kadang tu rasa macam kesuntukan masa. Macam tak sempat nak buat apa2. Masa yang semakin singkat atau jadual ibu yang semakin padat? Macam la banyak jawatan, walhal jadi suri rumah je. Kekeke...
Kek ni, kek kegemaran semua. Bukan je kegemaran Asyraf... Ba'is... Chiko... dan abahnya. tetapi juga kek kegemaran adik-beradik serta ipar duai. Kek ni juga menerima banyak tempahan dari sedara mara dan teman2. Banyak pahala orang yang bagi resepi ni.
Rasa lemaknya, manisnya, coklatnya cukup... Ditambah pulak dengan ganache lelehnya. Mak aii.... terangkat!

Note: Banyak sudah resepi ganache yang saya jumpa, tapi ganache leleh juga yang saya suka.

Friday, May 18, 2012

SEMINAR


Nampaknya tahun ni terpaksalah saya mengaktifkan diri dengan persatuan walau tanpa rela. Sebenarnya saya ni bukan suka sangat berpersatuan, tapi bila dah dilantik dan atas rasa tanggung jawab, saya hadiri juga SEMINAR KESEDARAN HAK DAN PERUNDANGAN WANITA yang dianjurkan oleh PPK Hutan Melintang. Bersama adik bongsu saya (EITRAH TASNIM) dan teman sekampung (PN SARAH), kami bukakan minda untuk mendengar ceramah pada petang Khamis (17 Mei 2012).
Peserta agak ramai pada petang itu (melebihi 50 orang). Kebanyakannya, tidak saya kenali. Almaklumlah, saya masih dikira sebagai 'anak-anak', sedangkan peserta yang ada, kebanyakannya telah mencapai usia 40 tahun ke atas.
Pada awal seminar, mata saya lekat bukan main. Memang penyakit saya yang satu ni susah nak hilang. Mengantuk bila dengar orang berucap di depan. Mesti penceramah nampak kepala saya tersengguk-sengguk menahan rasa mengantuk, tapi apa boleh buat...penyakit mengantuk ini memang tiada ubat!
Penceramah undangan pada petang itu ialah Tuan Haji Saiful Adli bin Mohd Arshad dan isterinya, Puan Rosniza binti Ismail. Secara ringkasnya, seminar tersebut adalah berkenaan dengan nikah kahwin dan hukum faraid. Walaupun penyampaian agak ringkas kerana masa yang agak suntuk, namun agak banyak pengisian yang saya perolehi. Alhamdulillah... Rasanya tidak rugi saya ke sana.

Wednesday, May 16, 2012

LOSYEN SYIFA' INDAH

Losyen Syifa' Indah

Baru dapat stok LOSYEN SYIFA' INDAH untuk kegunaan sendiri dan jualan. Antara kegunaan LOSYEN SYIFA' INDAH ialah :-

MEMECAH KETULAN ANGIN
MEMBAKAR LELEMAK DALAM BADAN
LUMPUH
PATAH
BISA-BISA SENDI
SAKIT PINGGANG
SAKIT LUTUT
BENGKAK
GHAUT
KEBAS KAKI TANGAN
TERKENA API
AIR PANAS
TUMIT PECAH
SAKIT KEPALA (MIGRAIN)
SELSEMA
SEMBELIT
IBU-IBU LEPAS BERSALIN

Kandungan :
Ekstrak herba, Selfemulsifying Wax, Glycerine,Calsmine Powder,
Minyak Putih, Minyak Tea Tree, Ekstrak Halia Bara,Minyak kayu Putih
Vitamin E dan Ekstrak sireh.

Harga Biasa: RM23.00 (tidak termasuk kos pos)
Harga Promosi: RM 20.00 (tidak termasuk kos pos)
125ml

Saturday, May 12, 2012

MINYAK ARGAN & SABUN SUSU BERAS


Melepaskan lelah di rumah setelah menghabiskan masa beberapa jam di luar. Mengambil stok SABUN SUSU BERAS dan MINYAK ARGAN (Made In Tunisia).
Pernah guna tak produk Sabun Susu Beras ni? Pertama kali saya guna adalah pada bulan Ramadhan tahun lepas. Sabun ni memang rasa lembut sangat2. Lagi satu, wangiiii....
Khasiat Sabun Susu Beras ni adalah seperti berikut:
-menaikkan aura seri wajah secara semulajadi
-menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang tanpa penglupasan
-berkesan menanggalkan kotoran, minyak, sel kulit mati, parut jerawat dan jeragat
-berkesan menanggalkan bekas make up pada kulit muka
-menghilangkan kesan hitam pada bawah ketiak, dicelah-celah paha dan siku
-sesuai digunakan untuk orang yang menghadapi masalah kulit dan resdung
-mampu memberi kesegaran sepanjang hari serta badan tidak melekit walaupun berpeluh
-boleh mengatasi masalah bau badan 

Sabun Susu Beras ni bukan sahaja sesuai untuk wanita, tetapi juga lelaki. Siapa yang guna, InsyaALLAH...boleh hilang sunburn yang agak degil tu... :)

Sabun Susu Beras


Minyak Argan (Made In Tunisia)


Khasiat berkenaan MINYAK ARGAN boleh didapati di sini

KUIH APA YE?

Agak2, kawan-kawan pernah nampak tak kuih kat sebelah ni? Kalau pernah, tau tak apa namanya? Pada sesiapa yg tak penah nampak atau tak pernah tahu, inilah dia kuih tiram yang belum berbedak (bergula). 
Kuih ni memang takde kepingan/cincangan badam, mahupun coklat chip. Walaupun macam tu, bila gigit sekali...pasti nak lagi... (macam iklan la pulak...:)). Kalau tak caye, cubalah... Lebih best drp makan 'Cikedis' kata org dolu2.
Istimewanya kuih tradisional ini adalah kerana kerangupan dan rasa manisnya. Biasalah, kuih orang dolu2 mmg byk yang manis. Yang lemak2 mcm kuih skrg ni agak kurang. Kalau tak caye, cuba senaraikan... Bahulu, Bahulu Kemboja, Kuih Kacau, Putu... Ha, kan semua manis tu... belum lagi Agar2 Kering dan Halwanya...
Bahan2 untuk buat kuih tiram ni tak banyak, tapi nak membuatnya leceh kemain. Apa lagi kalau buat saiz sebesar ibu jari. Boleh naik loya dibuatnya... 
Harga untuk kuih tiram ni biasanya bergantung pada saiz. Kalau sebesar tapak tangan baby, murah sikit la harganya.  Tapi kalau saiz sebesar ibu jari macam yang saya ckp tadi, memang lebih la harganya. Dan harganya juga bergantung pada tempat. Kalau di pekan2 besar, mungkin mencapai harga puluhan ringgit/kilo. Tapi kalau di kampung, harganya sesuai dengan masyarakat kampung iaitu RM15/kilo. Harga yang mampu dimiliki.

Kuih Tiram yang telah siap berbedak dan dibungkus. Menunggu masa untuk diserahkan pada pelanggan. (Bedak nipis je atas permintaan pelanggan).

 

Thursday, May 10, 2012

MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)

Maajun Anggun Bistari (MAB)


Pernah nampak tak maajun di atas ni kat kedai2 ubat atau farmasi? Tentu tak pernah, kan? Kalau nak beli, order je pada saya... InsyaALLAH, saya akan hantar/pos secepat yg mungkin. :) No. HP saya, 019-7870110/0220

Khasiat - Khasiat Maajun Anggun Bistari
1. Merancang keluarga & merancang kehamilan.
2. Merawat keputihan yg teruk.
3. Mengecut dan merapatkan saluran peranakan.
4. Membuang darah kotor atau toksin melalui darah haid.
5. Menstabil hormon kewanitaan dlm badan-mencantikan kulit.
6. Melancarkan aturan haid setiap bulan.
7. Melancarkan perjalanan darah.
9. Melawaskan pembuangan air besar
10.Kawal kolesterol dalam darah
11.Mencantik dan menegang payu dara
12. Menambah tenaga
13. Merapat hubungan suami isteri

Kandungan Maajun Anggun Bistari
1 . Kacip Fatimah
2. Serapat
3. Senduduk
4. Inai
5. Manjakani
6. Habbatus Sauda
7. Rempah Ratus

1 BOTOL - 21 BIJI MAAJUN (MAKAN SELAMA 21 HARI)

* PANTANG - Perlu kurang atau elakkan mengambil air kelapa atau air tebu krn ianya dikatakan mampu meneutralkan keberkesanan MAB jika untuk tujuan merancang.



**DIJAMIN ORIGINAL

HARGA : RM15.00 - (Pos Laju WM-RM6.00 / EM RM10.00)


Wednesday, May 9, 2012

KETAYAP GULUNG

Ini jelah ketayap yang tinggal...
Petang tadi, Ba'is belek2 dia punya kamus bergambar. Sekali, dia nampak gambar kuih karipap. Aduh!!! Mulalah dia merengek suruh ibunya buat. Ibunya bukan tak nak buat, tapi... sebiji kentang pun takde dlm gobok. Bila ibu minta tangguh, mulalah dia meraung.
Jenuh la ibu pujuk. Pujuk punya pujuk, tetiba ibu teringat la kuih ketayap. Ba'is kan suka  makan ketayap... :) Alhamdulillah... pujukan berjaya. Maka, secepat kilat la ibu siapkan kuih ketayap kegemaran Ba'is tu. Secara tak langsung, boleh la buat juadah minum petang.




KUIH... KUIH... SAPER NAK BELI KUIH... :)

Antara kuih yang sempat disiapkan untuk hari ini...

Kuih Sagu

Masa Lodeh @ Masala Vadai versi Melayu Bugis

Puding Jagung

Tuesday, May 8, 2012

RONDA-RONDA

Puas meronda mencari bahan untuk masak nasi tomato... Cadangnya nak singgah kedai buku, nak beli kamus Bahasa Cina untuk putera sulung tu tapi... :( penyakit lupa ni susah nak hilang. Dah sampai rumah, baru teringat...

Monday, May 7, 2012

POPIA GORENG

Alhamdulillah...

Selesai juga urusan saya menggulung kuih popia untuk dijadikan frozen popia.

Dulu, saya tak berminat nak buat kuih popia sebab agak leceh nak buat kulitnya (walhal saya suka sgt makan popia). Tapi disebabkan satu insident, saya berjaya menghasilkan kulit popia. Tapi masa tu ya ALLAH, kulitnya tebal bukan main. Macam mana la tak tebal, saya ratakan guna senduk sbb sayang nak panaskan tangan.

Tapi la ni, Alhamdulillah... Alah bisa, tegal biasa. Kulit tangan ni dah lali kut dengan panas kuali tu...

 Popia yang telah siap digoreng dan bersira pedas. Inti sengkuang dan carrot. Nyum... Nyum...

Published with Blogger-droid v2.0.4
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...

Assalamualaikum...
Agak lama juga saya tidak berblog. Terasa agak tepu juga otak ni bila nak tukar layout dsb... Almaklumlah, telah banyak yang berubah. Saya mula menjinakkan diri dengan dunia blog sejak tahun 2008. 
Waktu tu, nak buat blog tak mudah seperti sekarang. Banyak yang kena buat secara manual, nak kena edit kat HTML. Accessori pun tak banyak macam sekarang.
Saya ada lebih 3 blog yang sudah lama tidak aktif dan blog2 tu, biarlah saya simpan untuk tatapan saya sendiri. Blog budak2 la katakan... :)) Buat malu je kalau orang baca...