Friday, May 18, 2012

SEMINAR


Nampaknya tahun ni terpaksalah saya mengaktifkan diri dengan persatuan walau tanpa rela. Sebenarnya saya ni bukan suka sangat berpersatuan, tapi bila dah dilantik dan atas rasa tanggung jawab, saya hadiri juga SEMINAR KESEDARAN HAK DAN PERUNDANGAN WANITA yang dianjurkan oleh PPK Hutan Melintang. Bersama adik bongsu saya (EITRAH TASNIM) dan teman sekampung (PN SARAH), kami bukakan minda untuk mendengar ceramah pada petang Khamis (17 Mei 2012).
Peserta agak ramai pada petang itu (melebihi 50 orang). Kebanyakannya, tidak saya kenali. Almaklumlah, saya masih dikira sebagai 'anak-anak', sedangkan peserta yang ada, kebanyakannya telah mencapai usia 40 tahun ke atas.
Pada awal seminar, mata saya lekat bukan main. Memang penyakit saya yang satu ni susah nak hilang. Mengantuk bila dengar orang berucap di depan. Mesti penceramah nampak kepala saya tersengguk-sengguk menahan rasa mengantuk, tapi apa boleh buat...penyakit mengantuk ini memang tiada ubat!
Penceramah undangan pada petang itu ialah Tuan Haji Saiful Adli bin Mohd Arshad dan isterinya, Puan Rosniza binti Ismail. Secara ringkasnya, seminar tersebut adalah berkenaan dengan nikah kahwin dan hukum faraid. Walaupun penyampaian agak ringkas kerana masa yang agak suntuk, namun agak banyak pengisian yang saya perolehi. Alhamdulillah... Rasanya tidak rugi saya ke sana.

No comments: