Tuesday, December 17, 2013

RED VELVET COKLAT

Bismillah....

Mesti ramai yang suka makan Kek Red Velvet kan? Kek ni bukan sahaja cantik, tapi juga rasanya sangat sedap. Dah lama saya nak try buat, tapi hanya berkesempatan membuatnya pada Hari Raya Aidiladha yang lalu (15 Okt 2013), iaitu bersempena dengan harijadi ke 10 putera sulung saya. Saya buat kek ni khas buat dia dan sepupunya yang lahir pada 11 Okt tahun yang sama. Resepi saya ambil dari sini. Saya CnP di bawah...


RED VELVET II
C & P : Kak Anymz

RESEPI KEK 

Bahan-bahan :
(A)
  • 1 2/3 tepung naik sendiri-kak Anymz & Ana guna tepung gandum
  • 2 sb serbuk koko
  • 1/2 sk baking soda
  • 110 gm mentega-ayu guna 125gm mentega (akak juga) sama gak..
  • 1 cawan gula halus

(B)
  • 2 biji telur besar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 cawan buttermilk-1/4 cawan buttermilk-ayu buat 1/2 cawan susu segar + 1/2 sb cuka.biarkan hingga 15-20 min- di gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini) sama....
(C)
  • 1 sk cuka
  • 1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 sk gel warna merah (2 sudu besar pewarna oil base)

Cara
  • Pukul  mentega dan gula hingga berkrim
  • Masukkan telur satu persatu
  • Masukkan esen vanila
  • Masukkan bahan kering yang sudah di ayak,bersama susu dan buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering.
  • Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata
  • Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40min di suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing2 hingga masak
  • Biarkan sejuk Lepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..

RESEPI CREAM CHEESE
Resepi ni memang sesuai, senang nak lepa kat kek
Sumber : Ziana Zali & google
  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising
 Cara-cara :
  • Pukul cream cheese bersama mentega sehingga kembang
  • Masukkan gula icing & pukul lagi sehingga gebu.
  • Kemudian masukkan semua bahan2 lain, sebatikan.


RESEPI COKLAT GANACHE
Inilah resepi paling saya suka & kerap saya buat memandangkan kosnya agak rendah & hasilnya yg cantik & sedap. 
Sumber : Kak Jun & Dapur Tanpa Sempadan

  • 200 grm coklat masakan *Ana guna coklat compound
  • 100 ml susu cair @ 150 ml whipp. cream (guna mana2 salah 1)
  • 1sdt butter
Cara-cara : 
  • Doubler boiler susu@whipping cream bersama coklat masakan.
  • Dah agak mencair coklat tu tutup api & kacau2 bg larut semua coklat.
  • Masukkan butter, kacau sebati.
  • Biarkan seketika baru digunakan. 


Bila baca resepi yang panjang berjela ni rasa macam malazzzz je nak buat. Tapi bila mengingati kembali keenakannya, dan kegembiraan keluarga tatkala menikmatinya, kena buang rasa malazzz tu jauh2. Kek ni memang sedap!

Nota: Kalau nak tengok step by step cara nak menghias ikut tuan punya resepi, boleh klik link di atas tu ye... :)


Oleh kerana anak2 saya tidak berapa menggemari kek2 lain selain daripada kek coklat, maka saya hiasi kek red velvet ni dengan sedikit coklat. 


Asyraf dan sepupunya siap sedia untuk potong kek. Yang baju purple belah kiri tu pun sibuk nak potong sama, walhal dia tak terlibat pun. Hiasan tak sama seperti dalam resepi sebab nak cepat siap. Hehe...




Tuesday, November 19, 2013

KETEMU LAGI

Bismillah...

Assalamualaikum.

Lama sungguh saya tinggalkan blog saya ni. Terlebih sibuk, tiada mood dan yang seangkatan dengannya. Dan sebab utamanya ialah, laptop dan komputer saya rosak. Berbulan saya biarkan mereka bertapa di tempat masing2. Waktu tu saya rasa frust sangat! Banyak kerja2 yang tergendala. Tapi tak apalah, kita anggaplah semua tu ujian dan pasti ada hikmah di sebalik semua tu. Memang wajib pujuk hati sebab kalau tak pujuk rasa marah tu senang aje nak datang, kan?  

Dalam masa beberapa bulan ni, banyak peristiwa yang berlaku. Suka, duka... Menangis, ketawa... lumrah kehidupan manusia. Kehilangan orang2 tersayang, kehadiran ahli keluarga baru... terlalu banyak perubahan perasaan yang berlaku.

Antara keluarga terdekat yang telah meninggalkan keluarga kami:

1) Pak Harun (abang ipar mak) ~ sehari sebelum puasa
2) Pak Andak (abang mak) ~ 13 sept '13
3) Wak Rashid (abang ipar mak) ~ 27 sept '13
4) Mak Andak (kakak ipar mak, isteri pada Pak Andak) ~ 1 oktober '13... sehati sejiwa...

Dua dari mereka pergi mengejut. Seorang, penyebabnya disengat tebuan. seorang pula ditimpa pokok kelapa. Al-Fatihah buat mereka semua dan semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Tahun ini juga saya dapat anak buah baru. Qirsyatul Afnan Hanana (anak dari adik perempuan saya) dan Ili Aini Salikah (anak kakak ipar).

Untuk entry kali ini, tiada gambar yang dapat saya sertakan sebab saya pinjam laptop suami.... :)


Thursday, February 14, 2013

BEBOLA CAKOI

Mungkin anda pernah dengar kuih cakoi atau kuih kocok, tetapi anda tidak pernah mendengar bebola cakoi.

Bebola cakoi ini diilhamkan dari bebola donat yang ada dijual di sesetengah kedai kek di Malaysia ni. Resepinya sama seperti cakoi,cuma bentuknya yang berbeza. Bebola cakoi ini sangat2 digemari oleh anak2 saya dan anak2 buah saya kerana agak rangup dan manis. Tambahan pula lebih senang ditelan kerana saiznya yang kecil.

Nampak menarik tak bebola cakoi yang dah bergula ni? Cubalah rasa... anda pasti rasa teruja...
Buat masa ini, hampir setiap hari anak saya minta supaya saya buat kuih ni... Alhamdulillah la senang membuatnya... Jd, saya tak perlu pening kepala...