Sunday, September 28, 2014

DONUT GEBU GEBAS

Assalamualaikum...
Selamat berhari minggu kawan2 semua. Di sini cuaca mendung walau malam tadi hujan telah turun mencurah2 membasah bumi.

Mendung2 macam ni memang best kan kalau dapat tarik semua selimut? Kalau orang bujang, takde masalah, tapi kalau dah berkeluarga macam saya, MUNGKIN TIDAK! Perut anak2 perlu diisi... Jangan fikir perut sendiri.

Pagi ni, banyak pulak makanan yang masuk dalam perut. Mula2, makan sekeping roti canai. Kemudian, sepinggan nasi goreng. Dan diakhiri dengan sebiji donat. Alhamdulillah... Rezeki.

Sebenarnya saya tak bercadang pun nak buat donat, tapi bila dah lama tak mendonat tu, mulalah ada anak yang merengek nak makan donat. Jadi, rajin2 kanlah tangan menguli doh dipagi hari.

Kali ni saya try resepi yang saya dapat dari Facebook (resepi ringkas). Memang ringkas resepi nya, tapi hasilnya sangat memuaskan. Gebu dan sedap! Lain Kali boleh buat lagi.

Disini saya sertakan donut yang saya hasilkan beserta resepi. Terima kasih tuan punya resepi... :)

Tuesday, September 23, 2014

MATI ITU PASTI

Khabar2 tentang pemergian sahabat handai dan kenalan kerap sahaja singgah di telinga saya sejak akhir2 ini.

Ya, mati itu pasti walau tarikhnya, masanya, tempatnya tidak kita ketahui. Setiap dari kita pasti akan menempuhi detik itu untuk menuju ke destinasi yang abadi.

Saya yakin, tidak ada seorg pun yang rela dipisahkan dengan orang yang tersayang. Tetapi sebagai seorang hamba yang beriman, kita wajib menerima segala qada' dan qadar. Di sini kita berpisah, mudah2n di sana kita berjumpa semula untuk terus menikmati detik2 bahagia.

Sebelum terjadinya sebuah perpisahan, marilah kita belajar supaya saling menyayangi dan menghargai orang2 di sekeliling kita. Ya, antara kita tidak ada seorg pun yang tahu siapa yang bakal dijemput terlebih dahulu olehNYA... Semoga apa yang tinggal biarlah yang manis2 belaka, buat peneman rindu di sepanjang usia...

Thursday, September 18, 2014

CAKOI WARISAN

2 hari lepas, adk yang no 4 balik kampung jap. Nak ambik mak + ayah untuk dibawa ke Shah Alam. 


Saya dapat anak buah baru... Lelaki lagi. Muhamad Al Fatih namanya.  Menjadikan jumlah cucu lelaki dlm keluarga ni seramai 11 orang semua nya., berbalas 3 orang... Hahaha, macam main bola pulak. (Muhamad Al Fatih mengingatkan M.Ngah pada Fateh Dandiyar la...)


Oleh kerana tak ada apa yang nak dijamukan, maka saya bancuhkan je cakoi untuk dimakan. Di bawah ni disertakan resepi cakoi turun temurun dari ibu saya.

Bahan A:
2 cawan air
1/2 paket mauripan (5.5g)
3 sudu makan penuh gula
1/2 sk soda
~ Bancuh bahan bersama hingga larut

Bahan B:
4 cwn penuh tepung gandum
1/2 sk garam halus
~ Gaul bahan rata

Dalam bekas besar, campur bahan A dan B. Gaul rata. Biarkan selama lebih kurang 3 jam sblm dibentuk dan digoreng.

Saturday, September 13, 2014

ROTI LAPIS SOSEJ

Hari ni anak2 cuti. Maka ibu buatla masakan simple yg anak2 ibu suka. Jimat masa, Jimat tenaga. Lepas tu boleh ibu buat keje lain. Basuh kencing Chiko atas tilam...Itu yang pastinya.
Pastu anak2 ibu pun boleh cepat tolong ibu buat keje. Betul tak anak2 ibu? ;)