Monday, December 3, 2012

KOLAGEN ASLI RUMPAI LAUT

Masa kakak dan mak saya sibuk bercerita tentang kolagen asli rumpai laut hampir sebulan yang lalu, saya macam tak berapa nak kisah. Tak ada apa yang boleh menarik hati saya. Memang benar saya tak pernah dengar, tapi saya pernah baca di laman facebook. Wajah/rupanya juga saya pernah lihat di laman tersebut. Harganya punyalah mahal! Kena fikir dua tiga kali kalau nak beli.

Mak saya dah amalkan Kolagen Asli Rumpai Laut (KARL) ni hampir sebulan yang lalu. Saya tak teringin pun nak cuba walau banyak kali mak buat iklan. Sampailah satu hari tu...tetiba je teringin nak rasa. Mintak tolong adik bongsu tu bancuhkan. Hmmm...mcm minum air cincau pulak. Start dari situ, hari2 saya amalkan makan/minum kolagen. Sekarang, siap saya pulak yang membeli dan mempromosi kepada kawan2 dan sedara mara.

Alhamdulillah... Dengan izin ALLAH saya rasa macam bertenaga je. Mak saya pulak, perubahan yg saya nampak, tumit kakinya yg dulu merekah, kini telah menjadi cantik licin.

Kalau kawan2 nak cuba, SMS saya di no ni ye... 019-7870110. Saya jual RM22/100gm. Harga yang saya jual ni adalah antara harga yang termurah di pasaran.

Kolagen Asli Rumpai Laut (KARL) Gred AAA mentah/kering. Perlu direndam semalaman terlebih dahulu.
Kolagen Asli Rumpai Laut (KARL) yang telah siap direndam. Menunggu masa untuk direbus. Boleh juga dijadikan kerabu.
Kolagen Asli Rumpai Laut (KARL) Gred AAA yang telah menjadi jelly selepas melalui proses rebusan. Sedap diminum bersama apa juga jenis minuman.



Saturday, December 1, 2012

MALAM YANG TIADA MIMPI...

Alhamdulillah... dengan izin dan bantuanNYA, semalam saya berjaya menyiapkan tempahan 250 biji Mini Pizza tepat pada waktunya.

Tergamam juga saya tatkala menerima kunjungan 2 orang tetamu dari Klinik Ibu dan Anak Sg Sumun hampir sebulan yang lalu. Saya tidak pernah bersedia andai tetamu2 ini bertanyakan soalan "kenapa dah lama tak bawa anak ke klinik?" Apa yang perlu saya jawab? Tapi ternyata sangkaan saya meleset. Bukan soalan itu yang keluar dari mulut mereka, sebaliknya salah seorang dari mereka meminta agar saya menyediakan 200 biji Mini Pizza pada tarikh 30 Nov 2012...ya semalam tarikhnya...

Saya tergamam! Terpempan! Dalam hati gembira, syukur, tapi dalam masa yang sama tertanya2... Mampukah saya menyediakan Mini Pizza sebanyak itu dalam 1 malam dengan berbekalkan sebuah oven kecil? Sebiji oven hanya menerima 6 biji Mini Pizza, dan mengambil masa 10 minit untuk masak. Dan mampukah saya menguli berkilo-kilo tepung dalam masa 1 hari dengan kudrat sendiri tanpa bantuan mesin?

Saya pernah menerima tempahan kuih, kek... tapi tidak produk roti yang mengambil masa agak lama untuk disediakan. Setiap masa perlu diambil kira untuk menjadikannya naik cantik dan gebu.

Beberapa hari sebelum due, cik Misi menghantar SMS. Tempahan bertambah menjadi 250 biji. Semakin saya cuak. Perlukah saya menambah oven? Pening kepala dibuatnya hinggalah 29 Nov menjelma.

Pagi itu saya rasa cukup tenang. Saya uli tepung dan masak doh kosong hingga beberapa bancuhan. Selepas maghrib, saya mula membakar mini pizza bersama toppingnya. 

Siap membakar, membungkus dan mengemas... saya lihat jarum jam telah berada pada angka 12 dan 5. Ya, waktu itu pukul 5 pagi. Walau malam itu saya tidur hanya 1 jam setengah, tapi saya rasa cukup puas dan lena. Tidak mengapalah andai malam itu tiada mimpi yang menemani tidur saya, yang penting tanggung jawab saya terhadap Cik Misi telah sempurna.

Sejuta penghargaan buat mak dan suami kerana mengorbankan masa untuk tidur demi membantu dan menemani saya...