Thursday, February 14, 2013

BEBOLA CAKOI

Mungkin anda pernah dengar kuih cakoi atau kuih kocok, tetapi anda tidak pernah mendengar bebola cakoi.

Bebola cakoi ini diilhamkan dari bebola donat yang ada dijual di sesetengah kedai kek di Malaysia ni. Resepinya sama seperti cakoi,cuma bentuknya yang berbeza. Bebola cakoi ini sangat2 digemari oleh anak2 saya dan anak2 buah saya kerana agak rangup dan manis. Tambahan pula lebih senang ditelan kerana saiznya yang kecil.

Nampak menarik tak bebola cakoi yang dah bergula ni? Cubalah rasa... anda pasti rasa teruja...
Buat masa ini, hampir setiap hari anak saya minta supaya saya buat kuih ni... Alhamdulillah la senang membuatnya... Jd, saya tak perlu pening kepala...


Monday, December 3, 2012

KOLAGEN ASLI RUMPAI LAUT

Masa kakak dan mak saya sibuk bercerita tentang kolagen asli rumpai laut hampir sebulan yang lalu, saya macam tak berapa nak kisah. Tak ada apa yang boleh menarik hati saya. Memang benar saya tak pernah dengar, tapi saya pernah baca di laman facebook. Wajah/rupanya juga saya pernah lihat di laman tersebut. Harganya punyalah mahal! Kena fikir dua tiga kali kalau nak beli.

Mak saya dah amalkan Kolagen Asli Rumpai Laut (KARL) ni hampir sebulan yang lalu. Saya tak teringin pun nak cuba walau banyak kali mak buat iklan. Sampailah satu hari tu...tetiba je teringin nak rasa. Mintak tolong adik bongsu tu bancuhkan. Hmmm...mcm minum air cincau pulak. Start dari situ, hari2 saya amalkan makan/minum kolagen. Sekarang, siap saya pulak yang membeli dan mempromosi kepada kawan2 dan sedara mara.

Alhamdulillah... Dengan izin ALLAH saya rasa macam bertenaga je. Mak saya pulak, perubahan yg saya nampak, tumit kakinya yg dulu merekah, kini telah menjadi cantik licin.

Kalau kawan2 nak cuba, SMS saya di no ni ye... 019-7870110. Saya jual RM22/100gm. Harga yang saya jual ni adalah antara harga yang termurah di pasaran.

Kolagen Asli Rumpai Laut (KARL) Gred AAA mentah/kering. Perlu direndam semalaman terlebih dahulu.
Kolagen Asli Rumpai Laut (KARL) yang telah siap direndam. Menunggu masa untuk direbus. Boleh juga dijadikan kerabu.
Kolagen Asli Rumpai Laut (KARL) Gred AAA yang telah menjadi jelly selepas melalui proses rebusan. Sedap diminum bersama apa juga jenis minuman.



Saturday, December 1, 2012

MALAM YANG TIADA MIMPI...

Alhamdulillah... dengan izin dan bantuanNYA, semalam saya berjaya menyiapkan tempahan 250 biji Mini Pizza tepat pada waktunya.

Tergamam juga saya tatkala menerima kunjungan 2 orang tetamu dari Klinik Ibu dan Anak Sg Sumun hampir sebulan yang lalu. Saya tidak pernah bersedia andai tetamu2 ini bertanyakan soalan "kenapa dah lama tak bawa anak ke klinik?" Apa yang perlu saya jawab? Tapi ternyata sangkaan saya meleset. Bukan soalan itu yang keluar dari mulut mereka, sebaliknya salah seorang dari mereka meminta agar saya menyediakan 200 biji Mini Pizza pada tarikh 30 Nov 2012...ya semalam tarikhnya...

Saya tergamam! Terpempan! Dalam hati gembira, syukur, tapi dalam masa yang sama tertanya2... Mampukah saya menyediakan Mini Pizza sebanyak itu dalam 1 malam dengan berbekalkan sebuah oven kecil? Sebiji oven hanya menerima 6 biji Mini Pizza, dan mengambil masa 10 minit untuk masak. Dan mampukah saya menguli berkilo-kilo tepung dalam masa 1 hari dengan kudrat sendiri tanpa bantuan mesin?

Saya pernah menerima tempahan kuih, kek... tapi tidak produk roti yang mengambil masa agak lama untuk disediakan. Setiap masa perlu diambil kira untuk menjadikannya naik cantik dan gebu.

Beberapa hari sebelum due, cik Misi menghantar SMS. Tempahan bertambah menjadi 250 biji. Semakin saya cuak. Perlukah saya menambah oven? Pening kepala dibuatnya hinggalah 29 Nov menjelma.

Pagi itu saya rasa cukup tenang. Saya uli tepung dan masak doh kosong hingga beberapa bancuhan. Selepas maghrib, saya mula membakar mini pizza bersama toppingnya. 

Siap membakar, membungkus dan mengemas... saya lihat jarum jam telah berada pada angka 12 dan 5. Ya, waktu itu pukul 5 pagi. Walau malam itu saya tidur hanya 1 jam setengah, tapi saya rasa cukup puas dan lena. Tidak mengapalah andai malam itu tiada mimpi yang menemani tidur saya, yang penting tanggung jawab saya terhadap Cik Misi telah sempurna.

Sejuta penghargaan buat mak dan suami kerana mengorbankan masa untuk tidur demi membantu dan menemani saya...




Tuesday, November 20, 2012

SELAMAT ULANG TAHUN (15 NOV)

15 November 2012... maka tercatat sejarah bahawa tarikh ini merupakan tarikh ulang tahun kelahiran ibu mertua saya (Rukiah Shuddin) dan juga cucu dari anak lelaki sulungnya (Intan Saabirah).

Semoga Mak dan Iyah dilanjutkan usia, diberi kesihatan yang baik dan bahagia di bawah limpahan nur kasihNYA.




Tuesday, November 6, 2012

UPIN DAN IPIN

Alhamdulillah...

Semalam dapat anak buah baru. Twin. Oleh kerana belum ada nama, maka saya gelarkan je sebagai Upin dan Ipin. Xcited betul nak tengok diorg, tapi jauh dan anak2 plk blm start cuti, jadi terpaksalah tangguhkan hasrat utk menjenguk diorg. Paling xcited sbb tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir saya... hahaha...

Pesanan buat Mikael (abg pd si U&I), kena kuat sbb nak jaga adik dua orang. Lagi satu, jgn nangis2 dah... nanti kena buli dengan adik2...


Monday, November 5, 2012

ROTI GULUNG KISMIS

Bismillah...

Hujan2 ni sedapkan kalau dapat bergulung dlm selimut. Terasa mati kutu nak buat apa2. Badan pun rasa malas... Tapi perut pulak lapar je... Camana tu? Tu yang badan cepat naik tu. Makan... tido... makan... tido...

2, 3 hari ni hujan memang teramat-amat lebat. Parit2, kolam2 dah mula dipenuhi air. Lopak2 air pun dah mula kelihatan kat sana sini. Dalam keadaan macam ni, terasa malas nak memijakkann kaki ke tanah. Berlainan dengan hero 3 orang ni... Kita bukak pintu je, sebelum masuk kereta pasti diorg akan cuba mengambil peluang utk membasahkan kaki. Terpaksalah ibu memeritkan anak tekak melaung nama diorang.

Sudah beberapa hari anak2 mengajak ke rumah opahnya, tapi tak kesampaian. Cadangnya hari ni tadilah nak ke sana, tapi oleh kerana hujan lebat menggila maka perancangan terpaksa dibatalkan. Apa taknya... selain hujan, ibu tengok anak2 masing2 dah tido lena.

Sebelum Chiko tido tadi, dia mintak roti... Belek2 buku resepi, maka saya pilih resepi roti ni. Bagaimanapun, resepi asal telah saya tukar mengikut citarasa saya. Nama dia pun saya tukar ikut citarasa saya. Keh3x... Resepi ini saya dapat dari Blog Kak Yatie. Terima kasih ye kak, sudi kongsi resepi...



Sebaik je roti ni keluar dari oven, Chiko pun lena... maka belum sempatlah dia menjamahnya... Kesian...

Sunday, November 4, 2012

SYOKNYA RAYER...

Bismillah...

Assalamualaikum wbk...

Sudah lebih seminggu Hari Raya Aidil Adha berlalu, bermakna sudah lebih seminggu juga majlis makan2 di kediaman ini berlalu.

Seperti biasa seperti mana tahun2 yang lepas, setiap kali bulan Oktober menjelang, kami adik-beradik akan mengaturkan masa utk berkumpul beramai2. Apalagi, buat BBQ dan celebrate majlis harijadi Mak + Ayah + Pica + Caap (Tahun ni bertambah seorang lagi, Alia). 

Bagaimanapun, tahun ini tidaklah berapa meriah seperti di tahun2 yang lepas kerana ramai yang tidak dapat menghadirkan diri. Antaranya, Shafaq Mardhiyana yg terpaksa berhari raya di perantauan (1st time raye bersama suami)... dan Naim (berhari raya di rumah mertua)... oh ye seorang lagi... Hanan Nafesa (beraya dengan sepupunya). Majlis makan2 pada tahun ni dibuat bersempena dengan hari raya korban. Jadi, faham2 jelah ye... Komitmen perlu dibahagi2kan.

Sebagaimana majlis makan2 tersebut, raya korban tahun ni pun pada pendapat saya tak berapa meriah seperti mana tahun2 yang lepas. Malam raya, hanya ada saya, mak, ayah, adik bongsu dan adik lelaki bongsu. Adik2 dan kakak belum sampai lagi (kakak di rumah mertua, Durratul Husna balik petang raya. Syafaq Hasbuna pula terperangkap di pagi raya).

Tahun ni saya tak nampak seekor lembu pun yang disembelih. Bukanlah bermakna takde lembu yang disembelih, cuma saya je yang tak tengok. Biasanya pagi aidiladha, saya akan berada di rumah mertua menyaksikan upacara korban. Tapi tahun ni lain. Pagi raya, saya masak 3 biji kek untuk majlis makan2. Anak2, Encik suami yang uruskan. Bawa diorg naik motor ke rumah mertua. Tengahari, barulah saya memunculkan diri di rumah mertua. Agak janggal rasanya.

Berbalik kepada citer makan2. Kali ni kami buat sate ayam (Bukan kami sebenarnya. Yang buat emak. Kami tolong cucuk dan bakar je...), daging bakar dan sosej bakar. No seafood pada kali ini. Siapa nak g cari dan bila nak g cari? Almaklumlah, kan raye...

Walau apapun, malam tu kami kenyang sekenyang kenyangnya...

Antara gambar yang saya sempat tangkap... Saya tak pegang kamera, jadi tak banyak memori yang dpat saya rakamkan. Gambar2 lain akan diupload kemudian. InsyaALLAH... (Adik2, tolong share gambo2 tu ye. Jgn buat pekasam dlm handphone tu)

Kita bakor... kita bakor...

Moist Choc Cake untuk anak teruna. Asalnya buat sekali untuk Pica, tapi dia takde... So, letak nama Caap je...

Kek Carrot wif Cream Cheese... Brutal sungguh lapik kek tu. Ku gunakan dulang sahaja. Kui3x...