Sunday, February 26, 2023

HOBI ANAK-ANAK

Cuti sekolah ni, Dendiyaar seronok la... Excited nak memancing. Bila ada sedara mara (Pak Sedara, Sepupu) balik kampung, besarlah harapannya dapat memancing.

Zaman abang-abangnya dah berlalu. Dah tak hairan dengan joran dan parit. Tinggallah Dendiyaar terkontang kanting sendiri mencari kawan nak memancing. Nak biarkan duduk sorang-sorang tepi parit tu memang mustahil lah. Ada waktunya terpaksalah ibu yang temankan.

Beberapa hari yang lepas, sepupunya datang bermalam di sini. Kebetulan, sepupunya ni pun suka memancing. Memang ngam sangatlah. Ke parit lah deme. Tak dan nak tunggu cuaca redup... sebelum asar deme dah gerak ke parit. Parit, depan rumah sahaja... tetapi tetaplah kena monitor anak-anak ni. Takut jika ada sesuatu yang tak diingini.


Mengintai haruan yang galak berenang.

Haruan pertama yang berjaya dinaikkan.
Seronok bukan main.

Haruan kedua

Keseronokan berganda

Hari lain... Jadi penonton je. Makcik ni memancing ikan puyu. Seronok tengok puyu berlumba-lumba naik ke darat. Ngam sangat umpan anak udang tu. 









No comments: