Sunday, October 21, 2012

MOIST CHOC CAKE

Tempahan yang diterima pada minggu lepas. Baru hari ni sempat nak upload dan update blog.










Kek ni ditempah oleh anak buah untuk jamuan kelas. Saya buat topping simple/basic je...

Untuk Moist coklat Cake dgn simple topping ni, saya charge RM25 sahaja...

Tuesday, October 16, 2012

HAPPY BIRTHDAY

Bismillah...

15 Okt 2012... Genaplah usia Asyraf  9 tahun. Dalam usianya yang sebegitu muda, saya yakin agak banyak pengalaman yang diperolehi olehnya. Dalam pada tidak sabar melayan kerenah adik2, kadang-kala saya dapat lihat kasih sayang yang ditunjukkan olehnya. Kalau difikirkan, tidak mustahil dia boleh hilang sabar. Adik2nya terlalu ligat dan banyak kerenah, sedangkan dia boleh dikategorikan sebagai penyantun. Cuma kadang kala muncul watak 'raksasa' tatkala keinginannya tidak dipenuhi.

Sebagai anak sulung, boleh dikatakan Asyraf banyak membantu ibu. Tolong sediakan air minum untuk adik2, tolong suap mereka makan, tolong mandikan dan cari pakaian untuk mereka di kala ibu tak berkesempatan. Dan selalu juga  layan adik2 supaya tak kacau ibu saat kesihatan ibu terganggu.

Sempena hari jadi Asyraf yang ke-9 ini, ibu belum pun sempat hendak menyediakan sebiji kek buat Abg Long (Asyraf). Beberapa hari sebelum hari jadi Asyraf, ibu jumpa lukisan Asyraf dalam buku resepi ibu. Di dalam lukisan tersebut terdapat sebiji kek yang bertulis Selamat Hari jadi, sebiji muffin dan sebiji pizza. Daripada lukisan tersebut, ibu dapat rasa itulah keinginan Asyraf di hari lahirnya. Keinginan yang belum dapat ibu tunaikan. InsyaALLAH, akan cuba ibu tunaikan dalam waktu yang terdekat, ye Asyraf.

Harapan ibu, Asyraf membesar sebagai anak yang soleh. Rajin solat, rajin mengaji, rajin study. Hormat pada orang tua. Menjalankan kewajipan sebagai seorang hamba, umat, cucu, anak, abang... Jangan sia2kan harapan ibu ye Abg Long. Ibu sayang Abg Long!

Asyraf ketika buat rawatan mata... :) Ada2 je anak ibu ni...

MINI MUFFIN & MINI PIZZA

Bismillah...

Projek hari Ahad... Menyiapkan Mini Muffin utk anak buah (Nani), dan Mini Pizza untuk anak sulung (Asyraf).

Buat 2 benda tu kalau diikutkan takdelah susah, tapi disebabkan rakyat jelata suka nak ambil bahagian, maka kerja yang senang boleh jadi sukar. Terpaksa beri upah terlebih dahulu jika ingin mengelakkan diri dari menjadi tumpuan mereka.

Mini Coklat Muffin untuk Nani

Mini Pizza utk Asyraf

ROTI SAJ

Assalamualaikum.

Pagi Sabtu yang lepas saya mencuba resepi Roti Saj. Resepi ini juga saya perolehi daripada blog Sinar Kehidupanku.

Seperti biasa, ada sahaja yang saya nak ubah ikut citarasa saya. Kak Yati masak Roti Saj ni dengan kaedah menggoreng (goreng dgn sedikit minyak). Saya pula masak dengan kaedah bakar. Sekali imbas rupanya macam roti arab. Tapi bila makan, kita dapat tau bezanya melalui tekstur roti tersebut.

Ba'is suka sangat makan. Macam biasa, dia cicah dengan susu/krimer pekat manis. Saya pula cicah dengan kari dan kuah sardin lebihan dari buat roti silang sardin semalamnya.

Inilah rupa Roti Saj saya yang kelihatan ala2 roti mentah... Hehehe...

Thursday, October 11, 2012

ROTI SILANG SARDIN

Assalaamualaikum...

Oleh kerana saya memang tengah rajin nak buat roti, maka hari ni saya mencuba pula resepi dari blog Sinar Kehidupanku yang dikendalikan oleh Kak Yati. Kak Yati gunakan sosej, saya pula gunakan sardin. Terima kasih ye kak sebab sudi kongsikan resepi ni... Bagaimanapun, roti yang saya buat tak dapat la menandingi ke'cun'an roti yang akak buat...

Inilah hasilnya. Walaupun buruk, tapi rasa tetap ada. Asyraf dan Chiko makan berkali2. Sedap sangat katanya. Tengoklah puas2 ye...



Ini pula resepinya yang saya C&P daripada blog Kak Yati...

Bahan-bahan
  • 600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
  • 120 g gula halus (1/2 cawan rata)
  • 1 sk rata garam
  • 2 sb susu tepung (opt)
  • 1/4 sudu kecil bread improver/softener (Yatie tambah)
  • 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
  • 1 biji telur
  • 250 ml air
  • 60 g mentega - lembut (2 sb penuh)
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
  2. Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
  3. Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
  4. Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
  5. Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
  6. Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
  7. Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang. 

Saya buat setengah adunan sahaja. Dapat la 15 ketul roti yang sederhana  besar. Alhamdulillah... lain kali boleh cuba buat lagi.

Saturday, October 6, 2012

PROJEK MALAM SABTU... MINI PIZZA

Saya jarang buat pizza/mini pizza sbb tak ramai yang nak makan. Setiap bancuhan akan dapat dalam 12 - 15 ketul. Yang makan pula Asyraf, Bais dan Chiko. Mak dan ayah saya tak suka makan sebab ia dikategorikan sebagai 'makanan moden'. Asyraf, Bais dan Chiko, masing2 akan makan seketul - 2 ketul, pastu dah kenyang. So, yang lebihnya tu siapa pulak yang nak makan?

Hari ni kami cadang nak menjenguk adik bongsu kat Matrik. Tak tau nak bwk buah tgn apa, jd mini pizza jelah jawapannya... Buat satu bancuhan, cukup utk anak2 dan utk adik.

Saya buat sempoi je sbb takde beli bahan. Guna je apa yg ada... sosej ayam, sos cili dan mayonis... 

Resepi, saya ambil di sini

Tengok ler Mini Pizza yang tak berapa nak cun nieeeeee.... Kui3x...



Monday, October 1, 2012

KEK CARROT

Assalamualaikum...

Syawal sudah lama berlalu... Apatah lagi bulan Ramadhan... Ramadhan dan Syawal, bulan yang menjadikan kesibukan saya menjadi berganda. Menyebabkan saya menyepikan diri dari rumah maya saya ini buat sementara... Tahun ini kesibukan saya bertambah kerana penghujung Syawal, adik ke lima saya mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya (yang lebih tepat, pilihan ALLAH utk dia). Moga berbahagia di dunia dan di akhirat.

Sehari dua nilah saya free sikit. Maka, tertunailah hasrat hati saya untuk buat kek carrot. Respons daripada anak2 dan suami serta family belum dapat saya pastikan sbb inilah kek carrot yang pertama dari saya buat mereka.

Saya ambil resepi dari sini. Terima kasih buat Cik/Puan Newbie123 yang sudi berkongsi resepi. Bagaimanapun ada beberapa benda yang saya tak letak dan ada juga yang saya tukar bahan2nya mengikut selera saya. Dan saya juga tak bakar kek carrot ni, sebaliknya saya kukus. Buat pengetahuan semua, saya sangat setia dengan pengukus 'gergasi' mak saya tu...

Inilah kek carrot saya...
Kek Carrot yang baru keluar dari pengukus.
Jom potong sama dia...
Tinggal banyak ni jer...
Jemputla makan...
Saya letak badam cincang dan kismis hitam dalam adunan ni. Serbuk kayu manis dan serbuk pala saya tak letak sebab saya tak suka baunya...

Pada awalnya anak2 tengok je... diorang tak heran langsung tengok kek ni. Nampak sangat bezanya kalau saya buat kek coklat. Kalau kek coklat tu, baru je keluar dari pengukus...diorang dah sibuk suruh potong, nak makan. Tapi bila sekali makan kek ni, laju je diorg mintak lagi. Haa...baru diorang tau... Apa, ingat tak sedap ke? Don't judge a book by it's cover. Memang muka dia tak berapa nak cun, tapi rasa dia sedap la manis2 buah dan crunchy sbb ada badam cincang. Tapi (tapi lagi?) saya rasa kalau saya letak cream cheese frosting mesti cepat je diorang terpikat... Biasalah tu, budak2. Saya pun dulu macam tu. Pada saya, tidak dinamakan kek kalau takde topping, frosting dan yang sewaktu dengannya.