Tuesday, October 16, 2012

HAPPY BIRTHDAY

Bismillah...

15 Okt 2012... Genaplah usia Asyraf  9 tahun. Dalam usianya yang sebegitu muda, saya yakin agak banyak pengalaman yang diperolehi olehnya. Dalam pada tidak sabar melayan kerenah adik2, kadang-kala saya dapat lihat kasih sayang yang ditunjukkan olehnya. Kalau difikirkan, tidak mustahil dia boleh hilang sabar. Adik2nya terlalu ligat dan banyak kerenah, sedangkan dia boleh dikategorikan sebagai penyantun. Cuma kadang kala muncul watak 'raksasa' tatkala keinginannya tidak dipenuhi.

Sebagai anak sulung, boleh dikatakan Asyraf banyak membantu ibu. Tolong sediakan air minum untuk adik2, tolong suap mereka makan, tolong mandikan dan cari pakaian untuk mereka di kala ibu tak berkesempatan. Dan selalu juga  layan adik2 supaya tak kacau ibu saat kesihatan ibu terganggu.

Sempena hari jadi Asyraf yang ke-9 ini, ibu belum pun sempat hendak menyediakan sebiji kek buat Abg Long (Asyraf). Beberapa hari sebelum hari jadi Asyraf, ibu jumpa lukisan Asyraf dalam buku resepi ibu. Di dalam lukisan tersebut terdapat sebiji kek yang bertulis Selamat Hari jadi, sebiji muffin dan sebiji pizza. Daripada lukisan tersebut, ibu dapat rasa itulah keinginan Asyraf di hari lahirnya. Keinginan yang belum dapat ibu tunaikan. InsyaALLAH, akan cuba ibu tunaikan dalam waktu yang terdekat, ye Asyraf.

Harapan ibu, Asyraf membesar sebagai anak yang soleh. Rajin solat, rajin mengaji, rajin study. Hormat pada orang tua. Menjalankan kewajipan sebagai seorang hamba, umat, cucu, anak, abang... Jangan sia2kan harapan ibu ye Abg Long. Ibu sayang Abg Long!

Asyraf ketika buat rawatan mata... :) Ada2 je anak ibu ni...

No comments: