Thursday, September 18, 2014

CAKOI WARISAN

2 hari lepas, adk yang no 4 balik kampung jap. Nak ambik mak + ayah untuk dibawa ke Shah Alam. 


Saya dapat anak buah baru... Lelaki lagi. Muhamad Al Fatih namanya.  Menjadikan jumlah cucu lelaki dlm keluarga ni seramai 11 orang semua nya., berbalas 3 orang... Hahaha, macam main bola pulak. (Muhamad Al Fatih mengingatkan M.Ngah pada Fateh Dandiyar la...)


Oleh kerana tak ada apa yang nak dijamukan, maka saya bancuhkan je cakoi untuk dimakan. Di bawah ni disertakan resepi cakoi turun temurun dari ibu saya.

Bahan A:
2 cawan air
1/2 paket mauripan (5.5g)
3 sudu makan penuh gula
1/2 sk soda
~ Bancuh bahan bersama hingga larut

Bahan B:
4 cwn penuh tepung gandum
1/2 sk garam halus
~ Gaul bahan rata

Dalam bekas besar, campur bahan A dan B. Gaul rata. Biarkan selama lebih kurang 3 jam sblm dibentuk dan digoreng.

No comments: