Monday, May 28, 2012

NASI TOMATO

Nasi Tomato yang tak sempat berhias...
Orang jawa panggil Jelatah, orang Melayu kata acar timun


Ayam masak tomato sempoiii...

 Dah lama aku beli bahan untuk buat nasi tomato, tapi baru Sabtu lepas saya sempat memasaknya. Tu pun sebab fikir adik bongsu tu dah nak masuk Matrik hari ni. Kesian pulak kalau tak buat, sebab beli bahan2 dengan dia. Dia pun belum pernah lagi makan nasi tomato yang aku masak. Mana taknya, seumur hidup aku baru tiga kali aku masak nasi tomato. Tu pun masa aku duduk kat KL. Sejak bermastautin kat kampung ni, tak pernah la aku masak sebab takde geng nak makan. Kalau pasal nak masak tu, tak kisah kalau takde geng sebab nasi tomato aku simple je. Kalau takde geng nak makan, karang kita penat masak takde sape pulak nak makan. Membazir tau!

Oleh kerana aku dah lama tak masak nasi tomato, maka cek la sekejap resepi nasi tomato kat sini. Bahan, InsyaALLAH aku ingat...cuma suukatan je tak berapa pasti. :D
Anak-anak suka bukan main. Yelah, time aku buat dulu2 tu... diorang kecik lagi. Manalah nak tau nasi tomato ke hape... Dah besar ni, jumpa nasi minyak jer... tu pun kat kenduri. Hehe...maklumlah, ibunya terlebih rajin...

RESEPI AYAM MASAK TOMATO SIMPLE

1/2 Kg ayam - bersihkan dan goreng setengah masak
2 labu bawang besar - potong bulat
3 ulas bawang putih - racik
1 inci halia - racik
1/2 tin besar tomato puri
3 sdb ciliboh jika suka
1 cawan air
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK

Panaskan minyak masak di dalam kuali
Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili boh dan halia hingga layu/ naik bau.
Masukkan tomato puri. Biarkan seketika hingga pecah minyak.
Tuang air dan kacau sebati.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata.
Perisakan dengan gula dan garam.
Biarkan kuah mendidih dan setelah 2-3 minit matikan api.
Bolehlah hias dan hidangkan.
 



No comments: