Thursday, May 7, 2015

BANYAKNYA CUTI...

Rindu pada blog yang hidup segan mati tak mahu ni... Rindu nak mencurah rasa hati... Tapi apakan daya. Selalu tak dapat kejar masa... Belum pun jari jemari ini menyentuh kekunci, mata telah tertutup tanpa disedari. Sedar², sudah bertukar hari. Bila difikirkan, ngeri rasanya. Tidur yg ini, masih boleh buka mata... Tidur yg kekal?

Bulan 5 ni byk betul cuti. Best sgt cuti kali ni sbb dpt lepak lama dgn adik beradik. Kebetulan pula kaum bapa tak ada. Maka, boleh la buat gaya bebas. Takyah nak control² ayu. (Ayu la sgt...). Kalau ada en suami, malu banyak la nak buat lawak bodoh. Kalau gelak pun, kena ada gelak versi tersipu². Kekeke...

Oleh kerana cuti, maka aktiviti makan menjadi fokus yg paling utama. Walau apa pun, saya tak terlibat dalam masak lauk pauk. Saya buat roti jer. Bagus betul, kan? ;)

Terima kasih pada adik beradik yg telah bertungkus lumus di dapur utk menyediakan juadah sarapan pagi, mkn thari, makan malam dll... Jasamu tetap dikenang.

No comments: