Sunday, February 26, 2023

HOBI ANAK-ANAK

Cuti sekolah ni, Dendiyaar seronok la... Excited nak memancing. Bila ada sedara mara (Pak Sedara, Sepupu) balik kampung, besarlah harapannya dapat memancing.

Zaman abang-abangnya dah berlalu. Dah tak hairan dengan joran dan parit. Tinggallah Dendiyaar terkontang kanting sendiri mencari kawan nak memancing. Nak biarkan duduk sorang-sorang tepi parit tu memang mustahil lah. Ada waktunya terpaksalah ibu yang temankan.

Beberapa hari yang lepas, sepupunya datang bermalam di sini. Kebetulan, sepupunya ni pun suka memancing. Memang ngam sangatlah. Ke parit lah deme. Tak dan nak tunggu cuaca redup... sebelum asar deme dah gerak ke parit. Parit, depan rumah sahaja... tetapi tetaplah kena monitor anak-anak ni. Takut jika ada sesuatu yang tak diingini.


Mengintai haruan yang galak berenang.

Haruan pertama yang berjaya dinaikkan.
Seronok bukan main.

Haruan kedua

Keseronokan berganda

Hari lain... Jadi penonton je. Makcik ni memancing ikan puyu. Seronok tengok puyu berlumba-lumba naik ke darat. Ngam sangat umpan anak udang tu. 









Wednesday, February 22, 2023

JOM JAHIT LANGSIR

Bulan lepas, adik nombor 5 tu bawak kain melambak-lambak untuk diagihkan kepada kami (adik beradik dia). 😁

Kain tu dia dapat dari keluarga kakak iparnya. Kalau nak diceritakan, panjang berjela la nanti.

Ni proses jahit langsir, cara saya. Mungkin sesetengah orang berbeza caranya.
Mula sekali, kenalah ukur nak panjang mana dan tandakan. Jangan lupa lebihkan untuk lipatan atas dan lipatan bawah.

Siap ukur, kita gunting.
Dah siap gunting, kita ketepikan. Biar kemas sikit pemandangan. 😁
Sebelum lipat bahagian atas dan bawah, kita klim dulu bahagian tepi kanan dan kiri.

Dah siap klim tepi, barulah pasang tape. Sebelum pasang, pastikan kedudukannya betul. Lubang untuk sangkut cangkuk mesti menghala ke bawah. Saya biasa jahit tape belah bawah dulu camni. 

Pastikan juga ada lebihan kain dalam satu inci untuk bahagian atas tape tu.
Dah siap jahit tape bahagian bawah, baru jahit belah atas.. Masukkan kain lebihan dalam satu inci tadi ke bawah tape. Boleh rujuk gambar. Nampak kemas, kan?
Ok. Siap pasang tape, klim pulak bahagian bawah. Maaf Ye, lupa nak ambik gambar... Excited nak gantung langsir. 🤣🤣🤣

Kepada newbie, selamat mencuba. Yang dah expert tu, boleh scroll laju. 😁

Sunday, February 19, 2023

CUTI SEKOLAH DAH MULA

18 Februari 2023... bermulalah cuti penggal akhir untuk anak-anak sekolah rendah dan sekolah menengah. Dan cuti ini bakal berakhir pada 19 Mac 2023. Lama kan?

Musim-musim cuti ni ramai la yang nikahkan anak. Memandangkan kita pun dah lama tinggalkan PKP, maka setiap minggu ada majlis. 

Semalam Eisya kawankan embah lanang pergi kenduri di Simpang Empat. Kami kenal tuan rumah dengan nama Rohani. Dulunya jiran kami di Sungai Sumun Perak.

Kami tak lama di sana... lepas makan, terus balik. Sempatlah bertegur sapa dengan kenalan dan kawan-kawan sekampung yang turut pergi ke sana.


Monday, February 13, 2023

TEMPE CHRISPY

Puasa sunat hari ni. InsyaaAllah.

Teringin nak makan Tempe Chrispy waktu berbuka nanti... Maka, masaklah awal-awal sebelum pergi kerja. Balik kerja nanti belum tentu sempat/larat nak masak.

Bahan-bahan nak masak Tempe Chrispy:

Tempe ikut suka nak banyak mana. Hiris nipis.
Tepung goreng bistari bancuh dengan sedikit air. Bancuhan mesti pekat. Boleh tambah sedikit serbuk kunyit.

Celup tempe yang telah dihiris nipis ke dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas.

Angkat bila dah kekuningan. 

Sedap tau kalau cicah dengan sambal kicap. ❤️❤️❤️

WUJUD LAGI RUPANYA BLOG NI

Dah lama menyepi. Dan sebenarnya dah lupa pun akan kewujudan blog ni.

Sepi kerana kesibukan dunia. Hari-hari bergelut dengan anak-anak yang baru nak mengenal rencah dunia.

Dek kerana dah lama tak aktif dalam blog, sampai nak selit gambar pun dah tak tau... 😅😅😅

Tuesday, December 22, 2015

UJIAN

Bismillahirrahmanirrahim

Cuti sekolah hampir sahaja menuju ke penghujung. Alhamdulillah, dalam kesibukan menghadapi pelbagai ujian, persiapan anak2 hampir lengkap sepenuhnya.

Ya, cuti sekolah kali ini memang dipenuhi dengan pelbagai ujian. Ujian kesihatan ayah mertua, ujian kesihatan kpd anak2, ujian kesihatan kpd adik, dan tak terkecuali ujian kesihatan kpd diri sendiri. Setiap masa hati diselubungi dengan rasa cemas. Apa2 pun Alhamdulillah... Semuanya beransur sihat, termasuklah saya.

Sempena cuti sekolah ini juga, kami mencari cinta buat adik teruna.